Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Azimat Menempuh Peperiksaan - From saifulislam.com

Azimat Menempuh Peperiksaan
Abu Saif | 07/10/2009 | 10:57 am | 2,829 views | Print Print | Email Email
BACKDROP-PMR
“Bolehkah kamu berjaya dalam hidup jika tidak lulus PMR dan SPM?” saya melontarkan soalan kepada peserta.
Boleh tahan juga bilangannya yang mengangkat tangan untuk jawapan YA.
“Maknanya ramailah yang merancang untuk gagal PMR dan SPM ni ya? Senang kerja saya” saya membuat kesimpulan.
Guru-guru pun ada yang kelihatan resah dengan idea yang saya sampaikan. Memberikan cadangan bahawa hidup boleh diteruskan dengan kejayaan tanpa kelulusan PMR dan SPM?

“Baiklah, bagi yang kata kita boleh berjaya dalam hidup walaupun gagal PMR dan SPM, bolehkah kongsikan hujah anda?” saya menyambung provokasi.
Seperti biasa, ramai yang tertunduk-tunduk, memandang dinding dan bumbung dewan, melarikan mata daripada memandang saya kerana tidak mahu disuruh menjawab soalan. Itu ‘penyakit’ yang sering melanda pelajar-pelajar kita. Bising bila ramai, kecut bila diminta bersuara atas kapasiti peribadi.
“Sebab PMR dan SPM bukan segala-galanya. Ada ujian yang lebih besar di Akhirat!” jawab seorang pelajar.
Wah, jawapannya disambut dengan tepuk tangan oleh rakan-rakan. Saya juga mengucapkan syabas kepadanya kerana berani bersuara. Senaskhah buku Persediaan Minda Pelajar Cemerlang tulisan rakan saya, Osman bin Affan, dijadikan hadiah buat pelajar yang berani ini.
PMR DAN SPM URUSAN AKHIRAT
“Maksud kamu, PMR dan SPM tiada kena mengena dengan Akhirat?” saya menyambung soalan.
“Err… err…” pelajar itu tidak pasti, asyik menggaru kepala.
“Ada ke benda di dunia ini yang tiada kena mengena dengan Akhirat?” saya meneruskan soalan.
“Sekular!” jawab seorang pelajar.
Hebat falsafahnya. Senaskhah lagi buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi, saya jadikan hadiah buat pelajar yang memberikan kata kunci berharga dalam sampuk beliau itu tadi.
Hakikatnya, sama ada kita boleh berjaya atau tidak dalam hidup ini tanpa lulus PMR dan SPM, jawapannya ialah YA dan TIDAK.
JIKA MAHU JAWAPANNYA YA
Anda berusaha gigih.
Pergi ke sekolah dan menghadiri kelas dengan penuh tumpuan. Tidak ponteng kelas tambahan. Bertanya jika tidak faham. Membuat kerja latihan yang diberi, berlatih menjawab soalan-soalan tahun lepas, mencipta mnemonic untuk membantu anda menghafal fakta… anda berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba menjelang peperiksaan, berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Anda demam campak.
Seperti semasa saya menduduki kertas pertama SPM, kertas Bahasa Melayu.
Disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka itu, anda mendapat keputusan peperiksaan yang tidak seperti apa yang diharapkan, malah mungkin gagal terus… ketahuilah, anda adalah calon manusia berjaya dalam hidup ini di dunia dan di Akhirat.
Mengapa?
UPSR, PMR dan SPM walaupun kejayaannya diukur pada keputusan yang tercatat di atas kertas keputusan peperiksaan, namun itu bukanlah inti pati utamanya. Tanyalah seorang jurutera, semasa beliau menghadiri temuduga kerja, apakah majikannya bertanya tentang keputusan UPSR dan PMR beliau?
Tiada.
Sudah tidak penting lagi.
srp
Di usia ini, gred berapa dan agregat berapa sudah tidak penting, tetapi SIKAP yang terbentuk daripadanya berguna sepanjang hayat
Tetapi apa yang diajar oleh UPSR, PMR dan SPM ialah latihan mencipta kejayaan iaitu pada SIKAP yang dibentuk di sepanjang perjalanan menuju dewan peperiksaan. Jika anda telah berusaha gigih, memberikan sepenuh komitmen, berdisiplin untuk mengutamakan apa yang utama, bersabar dengan apa yang kita tidak suka untuk nantinya dapat apa yang kita suka, maka kita sudah pun berjaya, sebelum keluar keputusan peperiksaan!.
Kejayaan ialah perjalanan, bukan destinasi!
Jika anda sudah menyertai perjalanan itu, anda sudah pun berjaya.
JAWAPANNYA PASTI TIDAK
Namun, jika anda gagal di dalam peperiksaan kerana tidak berusaha, malas, menyakiti hati ibu bapa dan guru, maka ketahuilah anda adalah calon manusia gagal di dunia dan di Akhirat.
“Tapi ustaz, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew jadi jutawan walaupun tak sekolah!” kata seorang pelajar merujuk kepada Honda Man, tokoh perniagaan negara yang amat terkenal itu.
“Dia jadi jutawan bukan dengan menggagalkan diri di dalam peperiksaan. Kamu tahu, Mendiang Boon Siew bekerja mengutip tahi babi semasa di usia kamu untuk menyara hidupnya. Ia lebih hebat daripada kesanggupan kamu berjalan kaki ke kelas tambahan di sekolah pada tengah hari yang panas terik di bulan puasa! Itulah SIKAP!” saya menambah.
Nampaknya pelajar-pelajar ini sudah panas. Sudah berani menjawab. Sebuah lagi buku MAGNET DIRI tulisan Amin Idris saya hadiahkan kepadanya.
“Macam mana boleh gagal PMR dan SPM membawa kepada kegagalan di Akhirat, ustaz?” tanya seorang pelajar.
“Dunia ladang Akhirat. Macam yang ustaz sebut tadi, kalau kegagalan peperiksaan itu berpunca daripada sikap atau akhlaq yang buruk, menyakiti hati guru-guru dan ibu bapa yang bersusah payah mahukan kejayaan untuk kamu, itulah dosa yang menjadi saham untuk membeli kerusi di lubuk Neraka!” saya menambah.
Ceramah berlangsung lagi hingga selesai satu jam setengah masa yang diberikan.
Tiada apa-apa resepi kejayaan rahsia yang saya berikan.
Bak kata bapa kepada hero pujaan filem kegemaran saya yang wajahnya mirip-mirip saya:
kungfupanda-rahsia
“There is no secret ingredient, you just have to believe! – Abu Panda”
Selamat menempuh peperiksaan PMR untuk adik-adik yang menduduki kertas pertama mereka hari ini.
Jika ada soalan yang tidak diketahui jawapannya, tuliskan sahaja WALLAHU A’LAM (Allah lebih mengetahui), pasti betul. Jangan ada pegawai pemeriksa yang memangkahnya. Rosak Aqidah!
Cuma, tiada markahlah… itu sahaja.
Ingat, kejayaan adalah perjalanan, bukan destinasi!
Seeru ‘alaa barakatiLlaah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Taken from www.saifulislam.com
TQ for sharing Ustaz Hasrizal.

Tuesday, May 24, 2011

Motivasi From Osman Affan Mengapa kita perlu tulis matlamat?

Taken from http://www.motivasibelajar.com/



Wed 30 Mar 2011
Mengapa kita perlu tulis matlamat?
Posted by Osman Affan

Assalamualaikum warahmatullah.

Adik-adik pelajar dan para pengunjung setia Blog MotivasiBelajar.com yang saya muliakan,

Pernahkah adik-adik tertanya-tanya mengapa kita perlu menulis matlamat? Ada pelajar yang bertanya kepada saya, “Cikgu Osman, kenapa kena tulis matlamat? Saya tahu apa yang saya mahu capai. Kalau saya bayangkan sahaja dalam kepala saya tidak bolehkah?”

Sebenarnya, memnag boleh, tidak ada masalah. Jika ada matlamat yang jelas, tidak tulis pun tidak mengapa. Namun, jika menulis dapat membantu kita ingat dengan lebih baik matlamat tersebut, mengapa tidak?

Menurut kajian, manusia mudah lupa. Kita tidak perlu diberitahu tentang kajian ini sebenarnya kerana kita tahu yang kita mudah lupa. Lupa juga berlaku kepada kita apabila kita ada matlamat. Sebagai contoh, awal-awal tahun, kita ada matlamat untuk menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah. Semasa mendaftar di universiti, kita ada cita-cita mendapat CGPA 4.0 dan menjadi pelajar terbaik universiti. Semasa mula-mula masuk ke asrama pula kita bercita-cita mahu menjadi pelajar yang terbaik dalam bidang akademik dan juga aktiviti kurikulum sekolah.

Namun, apa jadi selepas beberapa bulan? Kebanyakan pelajar mengadu semangat mereka semakin menurun. Mereka semakin tidak bertenaga untuk berusaha. Mengapa? Saya percaya, salah satu sebabnya ialah kerana mereka sudah mula terlupa tentang matlamat asal mereka.

Jadi adik-adik semua, apa kata kita tulis matlamat kita hari ini. Lebih baik lagi, cari gambar yang berkenaan dengan apa yang kita inginkan. Insyaallah, kita akan lebih mudah ingat apa yang kita ingin capai dan kita akan lebih fokus dalam berusaha mencapai matlamat tersebut.

Saksikan video terbaru SmartStudyTV.com ini. Di sini saya ceritakan mengapa kita perlu menulis matlamat. Selamat menonton!


http://youtu.be/8egieZGJSXM


For more motivation articles and tips, visit http://www.motivasibelajar.com/

Sunday, November 22, 2009

From saifulislam.com-KEM HIJRI 1431 DATANG LAGI – Pendaftaran Dibuka



KEM HIJRI 1431 DATANG LAGI – Pendaftaran Dibuka
Abu Saif 17/11/2009 9:00 pm 1,618 views Print Email

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KEM HIJRAH REMAJA ISLAM (HIJRI)

“Kamu adalah apa yang kamu percaya” merupakan kaedah yang menjelaskan tentang peri pentingnya PARADIGMA atau cara melihat sesuatu. Inilah fungsi penting Aqidah iaitu mengubah cara manusia memandang; melihat kehidupan dari perspektif Pencipta kehidupan. Justeru Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) kali ini menekankan kepada usaha untuk melakukan anjakan paradigma yang holistik membabitkan topik-topik berikut:

1. PUZZLE AGAMA
Huraian Hadith Jibril a.s. tentang Iman, Islam dan Ihsan dalam konteks Input, Proses dan Output. Merawat kesilapan 7 buta meraba gajah agar al-Deen tidak difahami secara serpihan. Cabaran keluarga dan pembangunan ekstrim juga terbit dari hadith yang sama.

2. IMAN ITU INPUT
Kenal diri kenallah Ilahi… segmen yang membawa peserta meneroka potensi dan batasan diri untuk sampai kepada soalan “mengapa hidup perlu berTuhan”. Peserta mencari sebab beribadah sebelum mendalami kaifiyat ibadah. Kuasa percaya sebagai kunci untuk berjaya adalah sari pati segmen ini.

3. IBADAH ITU PROSES
Ibadah ialah mekanisma yang memproses Iman dengan cara-cara yang diajar petunjuk Nabawi, supaya terbit kualiti Ihsan. Adalah salah menganggap bahawa seseorang itu baik kerana bersolat, sebaliknya bersolatlah untuk menjadi baik. Solat itu proses, baik itu adalah hasil.

4. IHSAN ITU OUTPUT
Ihsan itu cemerlang. Motonya adalah “Buat Habis Baik”. Iman yang diproses Ibadah, menghasilkan baik kepada Tuhan, baik kepada insan dan alam kehidupan, baik kepada pelajaran dan pekerjaan. Kemuncak agama adalah Akhlaq. “Aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlaq,” mesej Nabawi yang menjadi kata kunci.

5. SINERGI KELUARGA DAN TAULAN
Manusia makhluq sinergi. Berdikari bukan pada hidup sendiri. Ibu bapa paling utama, pergaulan teman harus ada panduan. Pengurusan emosi satu kemestian, cinta dan cita-cita perlukan penyelarasan.

6. CITA-CITA DAN KERJAYA
Misi dan visi Khalifah Allah, hidup berperanan menyumbang faedah. Setiap manusia dilahirkan bukan bodoh vs pandai, tetapi berbeza-beza keistimewaan. Peserta diajak mencari minat dan bakat, disuntik disiplin, perkongsian pengalaman dan nasihat. Forum kerjaya oleh tokoh berjaya, agar jalan ke depan cerah kelihatan.

Proses pembelajaran dilakukan secara interaktif dengan bantuan alat audio dan visual, sinergi kerja dalam kumpulan, aktiviti indoor dan outdoor, segmen bicara hati ke hati, serta fasilitator yang setia berada sepanjang masa untuk akses yang optimum.
Hubungan dan akses yang optimum di antara peserta dengan pasukan fasilitator menjadi keutamaan kami.

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy (001813528-P) , iaitu sebuah syarikat latihan dan perundingan pembangunan insan milik Hj Hasrizal Abdul Jamil, atau lebih dikenali sebagai Abu Saif. Bermula dari sebuah blog interaktif yang menampilkan bahan-bahan pemikiran yang segar, Abu Saif melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan syarikatnya sendiri agar segala idea yang telah banyak dimanfaatkan oleh pembaca semenjak 1998, dapat diterjemahkan kepada modul latihan yang meletakkan remaja, mahasiswa/i dan warga kerja sebagai kelompok sasaran. Graduan Universiti Mu’tah di Jordan, Mantan Minister of Religion di Ireland Utara, pernah muncul di CNN, BBC dan media tempatan, Abu Saif pasti menawarkan keunikan untuk dakwah dan program latihan pembangunan insan.
Kami menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, agar menganjurkan kursus-kursus untuk anak remaja, khususnya di musim cuti sekolah ini. Setelah banyak aspek dipertimbangkan, berserta usaha mendapatkan sebuah pasukan yang benar-benar mantap untuk memimpin agenda ini, kami mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana KEM HIJRI 1430 yang berlangsung pada Disember 2008 telah berjalan dengan cemerlang dan kini mengumumkan sesi kedua KEM HIJRI khusus untuk remaja di musim cuti sekolah 2009 kali ini.

KEM HIJRI
Kem Hijrah Remaja Islam 1431H ini, adalah sebuah program bersifat residential, yang kami tawarkan khusus untuk anak-anak remaja berusia di antara 13 ke 19 tahun. Program ini menggabungkan segala unsur pembelajaran membabitkan kuliah, latihan dalam kumpulan, permainan interaktif, aktiviti outdoor, serta slot-slot bicara hati ke hati, bukan sekadar untuk menyampaikan mesej kepada peserta, malah untuk kami menyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsi pandangan secara yang lebih eksklusif kepada peserta KEM HIJRI ini.

Idea Tasawwur Islam yang segar, dinamik, kontemporari dan praktikal, akan disampaikan kepada remaja dengan bahasa remaja, bersama harapan agar proses untuk menjiwai dan mengamalkan hasil KEM HIJRI ini akan lebih mudah dan sesuai dengan panca roba kehidupan mereka yang serba mencabar hari ini.

Kami juga menawarkan ruang untuk peserta-peserta berdialog dengan fasilitator jemputan yang berlatarkan pelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik untuk sumbangsaran perancangan pelajaran dan kerjaya mereka nanti. Terima kasih kepada teman-teman saya yang begitu ikhlas dan bersemangat untuk berkongsi pengalaman mereka belajar di universiti terkemuka, dan kini berjaya sebagai profesional di bidang masing-masing.
KEM HIJRI INI akan mencakupi 6 Topik Dasar iaitu:

Meneroka rupa bentuk Islam (IPO Input Proses dan Output pada Iman, Islam dan Ihsan)
Muslim pada Aqidah, Ibadah dan Akhlaq, yang banyak menekankan aspek MENGAPA disusuli BAGAIMANA

Meneroka aplikasi konsep Syariatullah dan Sunnatullah untuk kecemerlangan holistik peserta
Pengurusan Emosi dan Cinta Remaja
Memulihkan Nilai Kekeluargaan dan Interaksi Sosial
Merancang Pembelajaran dan Kerjaya

SAIFULISLAM TRAINING AND CONSULTANCY
KEM HIJRI ini dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy, syarikat persendirian milik saya, berteraskan gagasan idea yang sejak sekian lama menjadi teras kepada wacana di Saifulislam.Com. Penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kriteria Sunnatullah yang menghendaki usaha dakwah dan penyebaran al-Haq dilakukan secara bersistem dan tersusun.
Program bakal diadakan Insya Allah di Nur Lembah Pangsun Training Camp & Eco Resort, Hulu Langat. Lokasi terkenal ini menawarkan persekitaran yang segar, selamat, bersama fasiliti perkhemahan yang sempurna. Layari halaman web Nur Lembah Pangsun untuk keterangan lanjut mengenai lokasi pilihan kami ini.

Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka berkampung dan berwacana bersama saya dan barisan fasilitator kami, jangan berlengah untuk mendaftarkan anak anda dengan menggunakan borang online, atau dengan menghubungi nombor perhubungan yang tertera di di bawah.

Kami memberikan sepenuh komitmen kepada program ini. 3 hari 2 malam adalah umur anak remaja anda yang menjadi amanah kepada kami untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman, demi menyambut kedatangan tahun 1431H sebagai detik perubahan dengan penuh makna dan semangat untuk berjuang juga cemerlang.

Ketemu kami di Nur Lembah Pangsun!
Haji Hasrizal Abdul JamilSaifulislam Training & Consultancy
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE http://saifulislam.com/?p=7098#more-7098
p/s: anak saya kecik lagi..kalau tak mau jugak hantar kem ustaz ni...

JAWAPAN SOALAN BAB 6

JAWAPAN :  1. 8.33 A Cadangan fius: 10 A  2. 1.0A Fius disyorkan: 2 A 3. 0.15A Fius disyorkan: 1 A 4. 960W   5. 0.5A Fius disyor...