Thursday, December 1, 2016

Ulangkaji PT3 - Contoh Soalan Percubaan SBP 2016


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Tips menjawab soalan.
1. Mesti menggunakan semua bahan yang dibekalkan.
2. Gambarajah perlu di label.
3. Berikan penerangan ringkas (mengikut kehendak soalan)

Sunday, August 18, 2013

Soalan Percubaan Sains PMR 2013

Pada tahun 2013, tiada Peperiksaan Percubaan Selaras pada peringkat negeri.
Soalan Percubaan PMR dibuat pada peringkat sekolah sahaja.
Di blog ini cikgu akan kongsikan soalan-soalan yang digunakan di sekolah di seluruh negeri.
Terdapat juga soalan yang cikgu dapat dari blog-blog tertentu yang cikgu akan kongsikan dan kreditkan kepada tuanpunya blog.
Soalan-soalan tersebut adalah hakmilik penggubal sekolah/negeri tersebut.
Diharap calon-calon PMR akan mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
KEDAH

Wednesday, March 6, 2013

Cara Menulis Inferens from blog Cikgu Nurul (http://cikgunurulsblog.blogspot.com)

Pautan cara menulis inferens daripada blog Cikgu Nurul. Terima kasih Cikgu Nurul atas penerangan dan contoh yang jelas. Harap bermanfaat kepada semua pelajar yang akan menempuh PMR.

Sunday, March 3, 2013

Cara Menulis Hipotesis dan Hubungan (Percubaan Sains PMR 2012 & 2011)

Cara yang paling mudah untuk digunakan ialah menggunakan 2 kaedah berikut :

1. Semakin ......................... (pembolehubah dimanipulasi), semakin ........................... (pembolehubah bergerakbalas).

2. Jika (pembolehubah dimanipulasi) ......................, maka (pembolehubah bergerakbalas) .....................


Namun terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar akibat tidak membaca dan memahami soalan dengan teliti.

Contoh 1 :

Jawapan yang betul: 
Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder, semakin bertambah nilai voltan output.

Jawapan yang salah:
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)

Semakin bertambah nilai voltan output,  semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder.


Pelajar menjawab mengikut turutan pembolehubah yang diberikan dalam soalan, sepatutnya pelajar perlu menulis pembolehubah dimanipulasi dahulu (bilangan lilitan pada gegelung sekunder) kemudian diikuti dengan pembolehubah bergerakbalas (nilai voltan output).

Contoh 2 :


Jawapan yang betul :
Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder, semakin terang nyalaan mentol.


Jawapan yang salah:

Semakin bertambah nilai voltan, semakin terang nyalaan mentol.
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)
Pelajar tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dengan tepat daripada gambarajah.


Contoh 3 : 

Untuk soalan di atas pelajar perlu mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas untuk membentuk hipotesis.

pembolehubah manipulasi - jenis bahan / logam yang digunakan
pembolehubah bergerakbalas - masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru

Jawapan yang salah: 
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)
Semakin ..................logam yang digunakan, semakin bertambah masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru.

Bagi pelajar yang telah biasa menggunakan ayat semakin.. untuk hipotesis , pelajar berkemungkinan akan melakukan kesilapan/kesukaran untuk meletakkan perkataan yang sesuai.

Cara paling mudah untuk menjawab soalan seperti diatas adalah dengan menggunakan jika...maka.

Jawapan yang betul :
Jika jenis bahan/logam yang digunakan adalah konduktor haba yang baik
maka masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru berkurang.


Selamat menghadapi peperiksaan PMR !


* Cikgu Sains amat mengalu-alukan jika terdapat sebarang komen/penambahbaikan daripada guru-guru sains yang lain.

Wednesday, January 23, 2013

Form 3 Chapter 1 : The Effects Of Smoking On The Human Respiratory System






AIM :To study the effects of smoking on the human respiratory system

MATERIALS : Cigarettes, white cotton wool, hydrogen carbonate indicator

APPARATUS : U-Shaped tube, filter pump, test tube, rubber stopper, retort stand and clamp, rubber connecters, thermometer

PROCEDURE
1. The apparatus was set up as shown in the figure above.
2. Lighted up the cigarette. The filter pump is turned on to suck the smoke.
3. The observation of the temperature, white cotton wool and litmus solution is recorded.

OBSERVATIONS

Thermometer - The temperature increases
White cotton wool - Changes to yellow black
Litmus solution - Changes from purple to red


Questions:

1. What does the cotton wool in the U-tube represent?
Lung

2. What is the function of litmus solution?
To show that cigarette smoke is acidic

3. What are the substances in cigarette smoke that cause the cotton wool and litmus solution
change colour?
Tar and carbon monoxide

4. What can you conclude about the effects of cigarette smoking?
Cigarette smoke contain heat that increases the temperature of the lungs, tar
that blackens the lung , and acidic gases that corrode lung cells.