nuff

Friday, October 6, 2017

SAINS PT3 2017 - BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN WAJARAN / WAJARKAN

SAINS PT3 2017

BAGAIMANA MENJAWAB SOALAN WAJARAN / WAJARKAN

Cara menjawab soalan wajaran/wajarkan :

1.       Boleh beri kan KEBAIKAN  dan KEBURUKAN
2.       Boleh berikan  KEBAIKAN sahaja (bergantung kepada soalan)
3.       Boleh berikan  KEBURUKAN sahaja (bergantung kepada soalan)


CONTOH SOALAN:

Seorang pengusaha menjalankan usahasama dengan pemilik pusat peranginan di Kuala Tahan, Pahang yang terletak di tanah tinggi. Pusat peranginan tersebut menggunakan panel suria sebagai sumber tenaga elektrik.

Pemilik pusat peranginan itu mengatakan bahawa penggunaan panel suria lebih baik berbanding kincir angin.

Dengan menggunakan alasan yang munasabah, WAJARKAN pendapat pemilik pusat peranginan tersebut. (4m)


CONTOH JAWAPAN :

Penggunaan panel suria lebih baik berbanding kincir angin kerana kawasan tersebut mempunyai keamatan cahaya yang tinggi. Kos pemasangan panel suria adalah lebih murah berbanding kos pemasangan kincir angin yang lebih mahal. Pembinaan kincir angin di kawasan tersebut juga akan mengganggu ekosistem.

  • mempunyai keamatan cahaya yang tinggi (1m)
  • kos pemasangan panel suria adalah lebih murah (1m)
  • kos pemasangan kincir angin yang lebih mahal (1m)
  • pembinaan kincir angin mengganggu ekosistem (1m)


No comments: