Sunday, March 3, 2013

Cara Menulis Hipotesis dan Hubungan (Percubaan Sains PMR 2012 & 2011)

Cara yang paling mudah untuk digunakan ialah menggunakan 2 kaedah berikut :

1. Semakin ......................... (pembolehubah dimanipulasi), semakin ........................... (pembolehubah bergerakbalas).

2. Jika (pembolehubah dimanipulasi) ......................, maka (pembolehubah bergerakbalas) .....................


Namun terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar akibat tidak membaca dan memahami soalan dengan teliti.

Contoh 1 :

Jawapan yang betul: 
Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder, semakin bertambah nilai voltan output.

Jawapan yang salah:
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)

Semakin bertambah nilai voltan output,  semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder.


Pelajar menjawab mengikut turutan pembolehubah yang diberikan dalam soalan, sepatutnya pelajar perlu menulis pembolehubah dimanipulasi dahulu (bilangan lilitan pada gegelung sekunder) kemudian diikuti dengan pembolehubah bergerakbalas (nilai voltan output).

Contoh 2 :


Jawapan yang betul :
Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder, semakin terang nyalaan mentol.


Jawapan yang salah:

Semakin bertambah nilai voltan, semakin terang nyalaan mentol.
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)
Pelajar tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dengan tepat daripada gambarajah.


Contoh 3 : 

Untuk soalan di atas pelajar perlu mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas untuk membentuk hipotesis.

pembolehubah manipulasi - jenis bahan / logam yang digunakan
pembolehubah bergerakbalas - masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru

Jawapan yang salah: 
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)
Semakin ..................logam yang digunakan, semakin bertambah masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru.

Bagi pelajar yang telah biasa menggunakan ayat semakin.. untuk hipotesis , pelajar berkemungkinan akan melakukan kesilapan/kesukaran untuk meletakkan perkataan yang sesuai.

Cara paling mudah untuk menjawab soalan seperti diatas adalah dengan menggunakan jika...maka.

Jawapan yang betul :
Jika jenis bahan/logam yang digunakan adalah konduktor haba yang baik
maka masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru berkurang.


Selamat menghadapi peperiksaan PMR !


* Cikgu Sains amat mengalu-alukan jika terdapat sebarang komen/penambahbaikan daripada guru-guru sains yang lain.

3 comments:

Cikgu Hailmi said...

TQ cikgu.. boleh juga ke blog saya untuk dapatkan Tips Yang Lebih mudah untuk menjawab soalan Sains..

http://cikguhailmi.blogspot.com

Cikgu Hailmi said...

Ini satu lagi tips kaedah mudah untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan hipotesis sains pmr

http://cikguhailmi.blogspot.com/2013/02/teknik-menjawab-soalan-7-8-kertas-2-sains-pmr-hipotesis.html

Cikgu Sains said...

Tq Cikgu Hailmi..semoga bermanfaat..terima kasih kerana berkongsi

CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3)

CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3) Klik sini untuk video. Kredit kepada  Cikgu Rosmaini Abdullah