Pautan cara menulis inferens daripada blog Cikgu Nurul. Terima kasih Cikgu Nurul atas penerangan dan contoh yang jelas. Harap bermanfaat kepada semua pelajar yang akan menempuh PMR.
Blog Sains PT3 Perkongsian maklumat tentang Sains Tingkatan 1, 2 dan 3, Contoh Soalan Sains UASA Tingkatan 1, 2 dan 3
Wednesday, March 6, 2013
Tuesday, March 5, 2013
Monday, March 4, 2013
Sunday, March 3, 2013
Cara Menulis Hipotesis dan Hubungan (Percubaan Sains PMR 2012 & 2011)
Cara yang paling mudah untuk digunakan ialah menggunakan 2 kaedah berikut :
1. Semakin ......................... (pembolehubah dimanipulasi), semakin ........................... (pembolehubah bergerakbalas).
2. Jika (pembolehubah dimanipulasi) ......................, maka (pembolehubah bergerakbalas) .....................
Sila rujuk Teknik Menjawab Sains PMR
Namun terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar akibat tidak membaca dan memahami soalan dengan teliti.
Contoh 1 :
Jawapan yang betul:
Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder, semakin bertambah nilai voltan output.
Jawapan yang salah:
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)
Semakin bertambah nilai voltan output, semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder.
Pelajar menjawab mengikut turutan pembolehubah yang diberikan dalam soalan, sepatutnya pelajar perlu menulis pembolehubah dimanipulasi dahulu (bilangan lilitan pada gegelung sekunder) kemudian diikuti dengan pembolehubah bergerakbalas (nilai voltan output).
Contoh 2 :
Jawapan yang betul :
Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder, semakin terang nyalaan mentol.
Jawapan yang salah:
Semakin bertambah nilai voltan, semakin terang nyalaan mentol.
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)
Pelajar tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dengan tepat daripada gambarajah.
Contoh 3 :
Untuk soalan di atas pelajar perlu mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas untuk membentuk hipotesis.
pembolehubah manipulasi - jenis bahan / logam yang digunakan
pembolehubah bergerakbalas - masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru
Jawapan yang salah:
(Kesilapan yang sering dilakukan pelajar)
Semakin ..................logam yang digunakan, semakin bertambah masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru.
Bagi pelajar yang telah biasa menggunakan ayat semakin.. untuk hipotesis , pelajar berkemungkinan akan melakukan kesilapan/kesukaran untuk meletakkan perkataan yang sesuai.
Cara paling mudah untuk menjawab soalan seperti diatas adalah dengan menggunakan jika...maka.
Jawapan yang betul :
Jika jenis bahan/logam yang digunakan adalah konduktor haba yang baik,
maka masa yang diambil untuk kertas kobalt klorida bertukar biru berkurang.
Selamat menghadapi peperiksaan PMR !
* Cikgu Sains amat mengalu-alukan jika terdapat sebarang komen/penambahbaikan daripada guru-guru sains yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3)
CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3) Klik sini untuk video. Kredit kepada Cikgu Rosmaini Abdullah
-
Introduction to function of Heart Credit to http://ptbestari.blogspot.com The role of the heart is to pump oxygen-rich blood to eve...
-
Tema 1: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BAB 1.0 Rangsangan dan Gerak Balas 1.1 Sistem saraf manusia 1.2 Rangsangan dan g...