Taken from http://www.motivasibelajar.com/
Wed 30 Mar 2011
Mengapa kita perlu tulis matlamat?
Posted by Osman Affan
Assalamualaikum warahmatullah.
Adik-adik pelajar dan para pengunjung setia Blog MotivasiBelajar.com yang saya muliakan,
Pernahkah adik-adik tertanya-tanya mengapa kita perlu menulis matlamat? Ada pelajar yang bertanya kepada saya, “Cikgu Osman, kenapa kena tulis matlamat? Saya tahu apa yang saya mahu capai. Kalau saya bayangkan sahaja dalam kepala saya tidak bolehkah?”
Sebenarnya, memnag boleh, tidak ada masalah. Jika ada matlamat yang jelas, tidak tulis pun tidak mengapa. Namun, jika menulis dapat membantu kita ingat dengan lebih baik matlamat tersebut, mengapa tidak?
Menurut kajian, manusia mudah lupa. Kita tidak perlu diberitahu tentang kajian ini sebenarnya kerana kita tahu yang kita mudah lupa. Lupa juga berlaku kepada kita apabila kita ada matlamat. Sebagai contoh, awal-awal tahun, kita ada matlamat untuk menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah. Semasa mendaftar di universiti, kita ada cita-cita mendapat CGPA 4.0 dan menjadi pelajar terbaik universiti. Semasa mula-mula masuk ke asrama pula kita bercita-cita mahu menjadi pelajar yang terbaik dalam bidang akademik dan juga aktiviti kurikulum sekolah.
Namun, apa jadi selepas beberapa bulan? Kebanyakan pelajar mengadu semangat mereka semakin menurun. Mereka semakin tidak bertenaga untuk berusaha. Mengapa? Saya percaya, salah satu sebabnya ialah kerana mereka sudah mula terlupa tentang matlamat asal mereka.
Jadi adik-adik semua, apa kata kita tulis matlamat kita hari ini. Lebih baik lagi, cari gambar yang berkenaan dengan apa yang kita inginkan. Insyaallah, kita akan lebih mudah ingat apa yang kita ingin capai dan kita akan lebih fokus dalam berusaha mencapai matlamat tersebut.
Saksikan video terbaru SmartStudyTV.com ini. Di sini saya ceritakan mengapa kita perlu menulis matlamat. Selamat menonton!
http://youtu.be/8egieZGJSXM
For more motivation articles and tips, visit http://www.motivasibelajar.com/
Blog Sains PT3 Perkongsian maklumat tentang Sains Tingkatan 1, 2 dan 3, Contoh Soalan Sains UASA Tingkatan 1, 2 dan 3
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3)
CARA MUDAH INGAT - MNEMONIK UJIAN MAKANAN (SAINS TINGKATAN 2 - BAB 3) Klik sini untuk video. Kredit kepada Cikgu Rosmaini Abdullah
-
Introduction to function of Heart Credit to http://ptbestari.blogspot.com The role of the heart is to pump oxygen-rich blood to eve...
-
Tema 1: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BAB 1.0 Rangsangan dan Gerak Balas 1.1 Sistem saraf manusia 1.2 Rangsangan dan g...